Tuesday, April 23, 2013

LANGKAH MAYAT AKU DULU ...


Pada suatu hari, pasukan saya telah membuat pembentangan mengenai 'centralise database'. Kami berikan banyak sebab mengapa ia patut dilakukan. Bos dan pasukannya berkeras tidak mahu menerima cadangan kami.

Alasan logik yang diberikan ialah Malaysia sendiri pun merupakan distributed dan bukannya centralise. Misalnya Malaysia ada Perdana Menteri, tetapi masih ada Menteri Besar dan Ketua Menteri. Malaysia mempunyai Agong, tetapi dalam masa yang sama ada sultan dan gabenor.

Akhirnya bos kata, "walau pun cadangan kamu baik, namun langkah mayat aku dulu sebelum cadangan ini boleh diterima".

Kami semua terkedu.


Tuesday, April 2, 2013

TRAVELOG 30 TAHUN DALAM KERAJAAN


Selama 30 tahun berkhidmat, saya bercadang untuk menulis buku (sedang tulis) mengenai pengalaman KERJA di 10 buah agensi:

Bab-Bab (Tidak mengikut susunan)

  • Teknologi 
  • Mesyuarat 
  • Kereta 
  • Rumah 
  • Kawan 
  • Staf 
  • Bos 
  • Kerja 
  • Bintang 
  • Anugerah 
  • Kursus 
  • Lawatan Luar negara 
  • Kenangan 
  • Kemudahan P
  • ersatuan 
  • sukan  


* Apa lagi anda ingin tahu?

Ini adalah saranan pembaca FB:-

  • Office affair 
  • Politik Dalaman 
  • Protokol 
  • Penyesuaian Diri (Change Management) 
  • Decision Making and WHM 
  • Pengalaman jatuh bangun , pengalaman cinta cintun 
  • perbezaan federal & state 
  • Pandangan penjawat awan bila berdepan dengan pelanggan (rakyat marhaen). Sebab rakyat melihat orang kerja kerajaan ni pelbagai persepsi. 
  • Touch n go allowance 
  • Kenaikan pangkat 
  • keluarga 
  • What you would do differently?