Thursday, October 31, 2013

KESIAN PADA MAT ...

Saya ditukar keluar dengan surat notis 24 jam. Surat diterima pada hari Jumaat dan Isnin saya sudah diarah melapor diri di tempat baharu. Sesungguhnya saya tidak tahu mengapa, kenapa dan apa puncanya.

1. Setelah ketua saya tahu akan pertukaran ini, apa yang dia beritahu kepada rakan sejawatnya?
"Kesian Mat. Sayalah yang bersalah, sebab saya tidak pedulikan langsung Bahagian dia. Saya tidak ambil tahu walau sedikit pun. Saya serahkan 100% kepadanya untuk mengetuai Bahagian. Sebenarnya saya tidak faham sangat hal-hal teknikal ini".

2. Pada hari terakhir, saya buat temujanji untuk jumpa bos. Mohon maaf. Ucap terima kasih. Ucap selamat tinggal. Minta nasihat.

Dari 7.30 pagi saya tunggu di pejabatnya. Jam 11 pagi pegawainya beritahu bahawa bos tidak mahu berjumpa saya.

Adus.... saya hanya minta 5 minit sahaja untuk saya, namun tidak boleh.