Tuesday, April 23, 2013

LANGKAH MAYAT AKU DULU ...


Pada suatu hari, pasukan saya telah membuat pembentangan mengenai 'centralise database'. Kami berikan banyak sebab mengapa ia patut dilakukan. Bos dan pasukannya berkeras tidak mahu menerima cadangan kami.

Alasan logik yang diberikan ialah Malaysia sendiri pun merupakan distributed dan bukannya centralise. Misalnya Malaysia ada Perdana Menteri, tetapi masih ada Menteri Besar dan Ketua Menteri. Malaysia mempunyai Agong, tetapi dalam masa yang sama ada sultan dan gabenor.

Akhirnya bos kata, "walau pun cadangan kamu baik, namun langkah mayat aku dulu sebelum cadangan ini boleh diterima".

Kami semua terkedu.


1 comment: